Saturday 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU BUAT PARA SAHABAT.

Assalammualaikum..salam satu perjuangan.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Sudah lama saya tidak menulis coretan di  dalam blog saya ini. Sempena tahun baru mengikut kalendar Masihi, saya ingin menyeru kepada diri saya dan para sahabat serta ummat Islam, marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Terutamanya dalam ubudiah kita kepada Allah s.w.t. Mantapkan keimanan kita, aqidah kita sebagai hamba Allah s.w.t. Sedarlah bahawa kita semakin dekat dengan kematiaN, semakin dekat dengan panggilan sakaratul maut. Kita dimamah usia, ditelan zaman kemodenan dan kejahilan. Kita hidup di dunia ini ibarat bahtera pelayaran atau ibarat perahu. Apabila sebuah perahu dicipta, perahu tersebut akan digunkan di tengah laut atau sungai, tugas pendayung perahu adalah menjaga perahu agar tidak dimasuki air, jika perahu itu dipenuhi air maka karam dan tenggelamah perahu tersebut di dalam tengah-tengah lautan. Begitu juga kehidupan kita, kita ibarat pendayung perahun itu tadi, manakala kehidupan kita ini ibarat sebuah perahu. Jika kita biarkan hati kita ini penuh dengan kecintaan dunia dan kurangnya kecintaan kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, maka tenggelam lah kita di lautan dunia fana ini. Firman Allah s.w.t:

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” 
(Surah az-Zariyat: ayat 56)

Ingat la wahai hamba Allah sekalian,
     
     Jika  kita kejar  dunia, maka dunia lah kita akan perolehi. Jika kita kejar akhirat, maka dunia dan akhirat kita akan perolehi. Kejayaan di dunia dan di akhirat kita akan dapat jika kita membuat apa yang Allah suru dan tinggalkan kemungkaran yang dibenci Nya. Kehidupan ini adalah untuk Allah s.w.t. Setiap hari, dalam solat kita berjanji kepada Allah s.w.t , sebagai hamba Allah kita hanya menyembahnya dan meminta pertolongan daripada Nya. Adakah kita melaksanakan dan mengotakan janji kita yang kita buat di hadapan Allah tersebut. Marilah sam,a-sama kita muhasabah diri kita. Allah tempat kita sembah, bukan manusia yang sering melakuakan kezaliman. Firman Allah s.w.t:

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkau sahaja Kami memohon pertolongan
(Al Fatihah: Ayat 5)


INAGATLAH BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA INI ADALAH SEMENTARA, KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI!

x






Friday 2 December 2011

KISAH SEORANG PEMUDA YANG BERTAQWA

" Berjihadlah atas nafsu (diri)-mu untuk menolaknya dari hawa (nafsu)-nya kerana sesungguhnya itu merupakan kewajipan atasmu sebagaimana berjihad terhadap musuhmu". 
(Imam Musa al-Kadzim)

Assalammualaikum....Salam 1 Perjuangan, 1 Akidah, 1 Matlamat.

Terdetik hati ana ingin berkongsi cerita yang pernah ana baca dan sama-sama kita boleh ambilsebagai contoh dan tauladan dengan kisah ini, iaitu kisah tenang seorang pemuda yang pernah diceritakan oleh Syeikh Usmana dalam Kitab Durratun Nasihin.
     Ditengah kalangan Bani Israel, ada seorang hamba yang taat beribadah pada Allah s.w.t pada malam harinya, sedangkan pada siang harinya dia menjual roti. Setiap kali hendak mbertolak pergi berniaga, dia selalu berkata, "Wahai nafsuku, bertakwalah pada Allah s.w.t!
     Pada suatu hari, dia pergi menjaja barang jualannya dan sampailah di depan pintu rumah seseorang yang kaya raya. Dia pun segera menawarkan rotinya. Isteri orang kaya itu memperhatikannya dari muka pintu. Sang hamba iaitu pemuda itu memang mempunyai wajah yang tampan sehingga isteri orang kaya itu tertarik padanya. Tidak dinafikan, nafsu syahwat wanita kaya itu pun muncul. Dia lantas memanggil dan mengajak peniaga yang taat beribadah itu memasuki rumahnaya.
     " Wahai peniaga yang tampan! Aku sangat tertarik dan jatuh cinta padamu. Aku mempunyai banayak harta dan pakaian yang elok. Oleh itu, berhentilah dari kerjamu itu, tukarlah pakaianmu dan salinlah dengan pakaian sutera ini serta ambillah sebahagian hartaku yang banyak ini", kata wanita itu.
     Ketika nafsu lelaki itu tergoda untuk melayani kata-kata sang wanita itu, batinya berkata,"Wahai nafsuku, bertakwalah pada Allah s.w.t." Kemudian dia berkata pada wanita itu, "Sesungguhnya, aku sangat takut pada Allah, Penguasa alam semesta".
     "Aku bersumpah, pintu ini tidak akan kubuka sebelum kamu melayani nafsu yang sedang bergelora ini," kata wanita yang sedang mabuk syahwat itu.
     Batin peniaga lelaki itu kembali berkata,"Wahai nafsuku bertakwalah pada Allah". Dia lalu berfikir sejenak untuk mencari jalan keluar dari godaan nafsu isteri orang kaya itu. Dia pun kembali berkata,"Wahai isteri orang kaya, berilah aku waktu untuk berwuduk dan soalt dua rakaat".
     Setelah diizinkan, sang hamba pun berwuduk dan terus naik ke tingkat tiga atas untu menunaikan solat sunat dua rakaat. Selesai solat, dari jendela dia memandang keluar. Dia melihat betapa tinggi jarak tanah dengan tempatnya berdiri lebih kurang 20 meter. Diarahkannya pandangan ke langit, kemudian dia bermunajat kepada Allah sambil bernangis," Ya Allah, selama ini aku selalu beribadah kepada-Mu, maka bebaskanlah aku dari keburukan wanita itu dan jika tidak, maka aku akan datang pada-Mu bersamanya."
     Tidak putus-putus dia menasihati dirinya,"Wahai nafsuku, bertakwalah pada Allah," maka dia pun nekad menjatuhkan diri dari atas rumah itu(terjun ke bawah).
     Dengan kekuasaan Allah, Allah pun mengutuskan Jibril menyelamatkan hamba-Nya itu...

Peniaga roti tersebut seorang hamba yang taat kepada Allah s.w.t, sehinggakan dia berjaya berjihad melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dalam cerita di atas. Betapa pentingnya kita sebagai hamba mengabdikan diri kita dengan penuh istiqamah dan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t selaku pencipta kita. 

Fikir, Amal dan istiqamah dalam beramal..wassalam.