Assalammualaikum..salam satu perjuangan.
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
Sudah lama saya tidak menulis coretan di dalam blog saya ini. Sempena tahun baru mengikut kalendar Masihi, saya ingin menyeru kepada diri saya dan para sahabat serta ummat Islam, marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Terutamanya dalam ubudiah kita kepada Allah s.w.t. Mantapkan keimanan kita, aqidah kita sebagai hamba Allah s.w.t. Sedarlah bahawa kita semakin dekat dengan kematiaN, semakin dekat dengan panggilan sakaratul maut. Kita dimamah usia, ditelan zaman kemodenan dan kejahilan. Kita hidup di dunia ini ibarat bahtera pelayaran atau ibarat perahu. Apabila sebuah perahu dicipta, perahu tersebut akan digunkan di tengah laut atau sungai, tugas pendayung perahu adalah menjaga perahu agar tidak dimasuki air, jika perahu itu dipenuhi air maka karam dan tenggelamah perahu tersebut di dalam tengah-tengah lautan. Begitu juga kehidupan kita, kita ibarat pendayung perahun itu tadi, manakala kehidupan kita ini ibarat sebuah perahu. Jika kita biarkan hati kita ini penuh dengan kecintaan dunia dan kurangnya kecintaan kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, maka tenggelam lah kita di lautan dunia fana ini. Firman Allah s.w.t:
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
(Surah az-Zariyat: ayat 56)
Ingat la wahai hamba Allah sekalian,
Jika kita kejar dunia, maka dunia lah kita akan perolehi. Jika kita kejar akhirat, maka dunia dan akhirat kita akan perolehi. Kejayaan di dunia dan di akhirat kita akan dapat jika kita membuat apa yang Allah suru dan tinggalkan kemungkaran yang dibenci Nya. Kehidupan ini adalah untuk Allah s.w.t. Setiap hari, dalam solat kita berjanji kepada Allah s.w.t , sebagai hamba Allah kita hanya menyembahnya dan meminta pertolongan daripada Nya. Adakah kita melaksanakan dan mengotakan janji kita yang kita buat di hadapan Allah tersebut. Marilah sam,a-sama kita muhasabah diri kita. Allah tempat kita sembah, bukan manusia yang sering melakuakan kezaliman. Firman Allah s.w.t:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkau sahaja Kami memohon pertolongan
(Al Fatihah: Ayat 5)
INAGATLAH BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA INI ADALAH SEMENTARA, KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI!
x