Friday 26 August 2011

KEDATANGANMU DINANTI-NANTI, PEMERGIANMU DITANGISI YA RAMADAHN....

Assalammualaikum...
Muhasabah Diri.



Wahai sahabat dan sahabiah sekalin, adakah kita sedar bahawa bulan mulia, iaitu bulan RAMADAHAN akan meninggalkan kita. Adakah kita mempunyai rasa sedih kerana ia akan meninggalkan kita? adakah kita tidak rasa apa-apa bahawa bulan mulia ini akan meninggalkan kita?. Tepuk dada tanya iman kita. Jika kita asyik sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba ini dan kita tidak berasa apa-apa bulan RAMADAHAN igin meninggalkan kita, amatlah rugi kerana adakah terlintas di fikiran kita  pada tahu akan datang dapat lagi kita bertemu bulan yang mulia ini. Sepatutnya kita perlu mengejar sepuluh malam akhir untuk mencari malam mulia iaitu malam lailatul qadar. Kita perlu "majnun" untuk mencari laila. Amatlah rugi jika ibadah kita di bulan mulia ini seperti bulan-bulan yang lain. Allah s.w.t telah janjikan ganjaran yang besar kepada hamba- Nya sempena bulan mulia ini. Tapi kita masih lagi mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t seperti bulan-bulan yang lain. Amatlah rugi jika kita berbuat demikian. Kita perlu semka kembali ibadah kita sepanjang sebulan di bulan RAMADHAN ini. Ibadah kita di fasa pertama, fasa kedua dan fasa terakhir. Bgaimanakah puasa kita?. Solat berjemaah kita? Tadarus al Quran kita? Qiamullail kita? Zakat kita? Solat-solat sunat kita? adakah kita kerjakan dengan sempurna atau sekadar "melepaskan batuk di tangga"? Tanyalah iman kita. Insya ALLAH kita teruskan amal ibadah kita di saat-saat terakhir bulan mulia ini dengan betul-betul. Amatlah rugi jika kita biarkan ia berlalu begitu sahaja.INGATLAH bahawa RAMADAHAN bakal meninggalkan kita.....


YA ALLAH,
BERKATILAH AKU DALAM BULAN RAMADHAN INI.
BERKATILAH AKU DALAM BULAN RAMADHAN INI.
BERKATILAH AKU DALAM BULAN RAMADHAN INI.

YA ALLAH,
BERIKANLAH KESEMPATAN DAN PELUANG KEPADAKU BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR MU YA ALLAH.
BERIKANLAH KESEMPATAN DAN PELUANG KEPADAKU BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR MU YA ALLAH.
BERIKANLAH KESEMPATAN DAN PELUANG KEPADAKU BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR MU YA ALLAH.




RENUNGKANLAH WAHAI HAMBA ALLAH sekalian.....