Thursday 2 June 2011

WANITA DAN PAKAIAN MENURUT SYARIAT ISLAM.

Tergerak hati saya untuk menulis celoteh ini berkaitan wanita masa kini. Saya lihat wanita di sekeliling saya tidak kira di mana pun, kebanyakkan mereka memperlekehkan soal penutupan aurat ini. Kenapa perkara ini berlaku? TEPUK DADA TANYA IMAN. Adakah ini berpunca daripa kurangnya didikan agama daripada ibu bapa?. Adakah masalah ini berpunca daripada pengaruh persekitaran?. Adakah ini berpunca dengan pengaruh yahudi laknatullah atau budaya kuning dari Barat?.

      Saya rasa perkara ini berpunca kurangnya keimanan dalam diri mereka. Mereka tidak takutkan janji-janji atau azab ALLAH s.w.t dalam al Quran. Mereka memperlekehkan hukum ALLAH dan mengambil mudah berkaitan dengan aurat ini. Sedangkan ALLAH bedrfirman :

“Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian itu lebih sesuai untuk  mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha Pengampun dan Maha Mengasihani”
(Al-Ahzab : 59) 

“....dan janganlah mereka (perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.....”
(An-Nur : 31)

Kalau kita lihat di dada akhbar sakarang banyak berlaku kes-kes rogol, kes zina dan pencabulan. Kenapa perkara ini berlaku?. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh wanita-wanita zaman kini yang asyik dan bangga dengan pakaian mereka yang tidak menutup aurat dan tidak mengikut syariat Islam. Sedangkan ALLAH s.w.t berfirman:

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah satu kejahatan dan 
seburuk-buruk jalan.”(Al-Isra’ : 32) 

Kalau kes-kes itu berlaku jangan kita nak asyik menunding jari kepada mana-mana pihak, selaku wanita yang beragama Islam dan berpegang pada kalimah ALLAH dan mengaku diri hamba ALLAH s.w.t haruslah menurut perintah ALLAH dan meninggalkan semua larangannya.

Firman Allah SWT:

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ”

Surah an-Nur :31

PALAIAN MENURUT ISLAM



PAKAIAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARAIT ISLAM



FESYEN WANITA ZAMAN KINI

Besanggul macam bonggol unta:



1)Ramai wanita bertudung, tapi hanya sekadar untuk mengikut fesyen semasa.
2)Ramai wanita bertudung dan berbaju kurung, tetapi pakaiannya ketat menampakkan susuk tubuh mereka. "Macam pembalut nagka".
3)Ramai wanita bertudung, tapi berbaju ketat, berseluar jeans, berbaju lengan pendek.
ibarat "pakai baju adik"............."pakai baju x cukup kain".

Kenapa perkara ini berlaku?

TEPUK DADA, TANYA IMAN KAMU.....JANGAN TANYA SELERA!!!!

Wahai kaum wanita, adakah kamu tidak taku dengan janji-janji dan azab ALLAH s.w.t ?????

Janganlah kita jadi hambaNya yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi dan hambaNya yang mempermainkan HUKUM ALLAH s.w.t.


Kesimpulan 

Hijab seorang wanita ialah dengan menjaga penampilan zahirnya dari sudut pakaian dan perhiasan serta tingkah laku dan gaya tubuh badan bagi mengelakkan tarikan lelaki terhadapnya dan dorongan nafsunya terhadap lelaki. Ada di antara perkara ini yang telah tetap, tidak berubah. Ada yang perlaksanaannya merujuk pada persekitaran dan adat dan ada pula yang wujud khilaf ulama di dalamnya. Dalam rangka seseorang mempunyai pilihan antara pelbagai pandangan ulama’, ia mempunyai pilihan untuk memilih di antara pandangan-pandangan itu selama mana ia memahami dalil dan hujah di sebaliknya.  Adalah penting untuk diingatkan, agar kita tidak memilih di antara pandanganpandangan ulama’ semata-mata kerana mencari kemudahan, meringan-ringan dalam beramal, kerana malu atau segan, kerana ikut-ikutan atau apa jua sebab keduniaan. Wanita hanya tidak berkewajiban untuk berhijab 100% hanya kepada seorang lelaki yang 
merupakan suami kepadanya.



WAHAI KAUM MUSLIMAH MARILAH SAMA-SAMA KITA MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM & JANGANLAH KAMU MENJADI FITNAH KEPADA AGAMA SENDIRI !

Wassalam..........


Wednesday 1 June 2011

JIHAD

JIHAD MENURUT AL-QURAN

 PENGERTIAN perjuangan dalam Islam ialah menyeru dan mengusahakan kedamaian dan memberi jaminan keselamatan.  Kecuali At Taubah semua surah bermula dengan  Basmallah yang menjulang dua asma
(nama atau sifat) Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim (bermakna Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). Al-Quran menampung mesej betapa Allah swt amat mengasihani seluruh makhluknya. Tetapi Manusia adalah ciptaan khas Allah swt kerana ia saja yang sanggup menerima wahyu-Nya (kitab sucinya) dan menjadi khalifah (pentadbir dan pengamanah di muka bumi). Antara maksud Islam ialah penyerahan  dengan seluruh jiwa raga kepada Allah swt. Salah satu sifat Allah swt ialah As-Salam yang bermakna damai dan
selamat. Jadi sebagai hamba Allah,  orang Islam menampilkan suasana damai dan selamat untuk seluruh kemanusiaan. Allah memerintah Muslim mengerjakan  amar maaruf nahi munkar (mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kekejian). Untuk melaksanakan tugas  ini dengan bersungguh-sungguh, maka Islam menampilkan konsep 'jihad'.

Jihad berasal dari kata kerja  'jahada' yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). Dalam Al-Quran, pengertian  jihad amat luas; dari usaha luaran sehingga batin, dari usaha untuk keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa
yang mengarah kepada damai dan selamat. Jadi, bagaimanakah  jihad boleh dimaksudkan dengan pengganasan? Di dalam al-Quran tidak pernah disebut mengenai agresi atau pencerobohan atau
pengganasan sebagai strategi umat Islam.

Istilah  Jumlah kata Maksud :

Jihad  30 Usaha gigih yang meluas
Jihad + qital fi sabilillah  50 Perang bela diri demi Allah
Harb 4 Perang kaum demi imej peribadi dan maruah kaum [Kekata jihad diulang 30 kali  dalam Al-Quran. Ia  berasal dari kata dasar juhd atau jahd.  Juhd bererti mengeluarkan tenaga, usaha atau kekuatan dan jahd
(jahada) bermakna kesungguhan dalam bekerja.  Tetapi, kata al-jihad  (jihad) dari Al-Quran itu berkembang sesuai dengan tahap perkembangan masyarakat Islam menurut masa dan ruang.

Menurut Imam Ragib Al-Isfahani, (ahli bahasa Al-Quran) kata jihad dalam Al-Quran mempunyai 3 erti iaitu,
(1) berjuang melawan musuh nyata,
(2) berjuang melawan setan dan
(3) berjuang melawan nafsu.  Pengertian jihad yang dikemukakan Imam Ragib Al-Isfahani itu dapat dikatakan sama dengan yang dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah (ulama besar Hambali).

Dalam bukunya,  Zad al-Ma’ad,  Ibnu Qayim al-Jauziah menyebutkan,
bahawa jihad terdiri dari empat martabat, iaitu
(1) jihad terhadap nafsu;
(2) jihad terhadap syaitan;
(3)  jihad terhadap orang kafir;
(4)  jihad terhadap orang  munafik.

Berdasarkan pendapat Imam Ragib al-Isfahani dan Ibnu Qayyim al-Jauziah ini  sesuai dengan pengertian bahasa sendiri,  jihad diertikan sebagai “menggunakan atau mengeluarkan tenaga, daya usaha atau kekuatan untuk melawan suatu objek yang tercela yang  boleh mengancam ketenteraman hidup
damai kaum Muslimin dalam rangka menegakkan agama Allah SWT.''

“Perang” hanyalah salah satu dari beberapa pengertian  jihad. Kata yang ada kaitan dengannya ialah qital yang disambungkan dengan frasa atau kalimat fi sabilillah iaitu di jalan Allah.  Hal ini menunjukkan bahawa tujuan perang di dalam Islam semata-mata untuk meninggikan kalimat Allah SWT, tidak boleh untuk tujuan lainnya.  Kedua-dua kata di atas (al-jihad dan al-qital) yang diiringi oleh anak kalimat fi sabillillah tercantum dalam Al-Quran sebanyak 50 kali.  Adapun kata  al-harb (perang) disebut 4 kali dalam Al-Quran. Ia merujuk
perang atas latar belakang peribadi atau kaum dengan bertujuan mencari keuntungan, bukan atas dasar meninggikan agama Allah SWT.]

Telah tercatit di dalam Al-Quran:

“Berjihad di (jalan) Allah dengan jihad sebenar-benarnya....”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------1Petikan dari ‘Ensiklopedia Hukum Islam – Perang’ ms 1395 oleh Dahlan, Abdul Azis.


Surah Al-Hajj:78 JENIS JIHAD

[Jihad itu terbahagi kepada dua:
• Asghar (kecil), dan
• Akbar
Jihad di medan perang (al-qital) sebenarnya merupakan perjuangan kecil (Asghar).  Al-Quran menetapkan bahawa perang bela diri hanya boleh diisytiharkan oleh pemerintah dan bukan perseorangan.  Inilah yang berlaku ketika Nabi sudah berada di Madinah dan menubuhkan sebuah pemerintahan di sana.  Dalam zaman Nabi saw, perang bela diri tadi telah dilakukan ke atas golongan kafir dan munafik yang dengan nyata memusuhi umat Islam. Tetapi   jihad lebih besar bukanlah perang.

Hal ini bersesuaian dengan maksud sabda Rasulullah saw ketika Baginda baru saja kembali dari Perang Badr dan diriwayatkan oleh banyak kitab hadis:

“Kita kembali dari jihad yang terkecil menuju jihad yang besar,
iaitu jihad melawan hawa nafsu.”

Jihad melawan hawa nafsu (jihad-un-nafs) merupakan perjuangan besar
setiap Muslim. Nabi Muhammad diutuskan Allah ke bumi sebagai 'rahmat
seluruh alam' dan tujuan Baginda tidak lain ialah menyempurnakan akhlak
manusia. Oleh itu,  jihad besar ialah membetulkan diri sendiri dengan akhlak
terpuji dan menjauhi perbuatan cela.]

Jihad Nafsu 
Jihad nafsu ini amat luas sekali --  merangkumi pelbagai aspek hidup harian.  Apakah itu nafsu?
[Nafsu terbahagi tiga iaitu sifat  syahwat, marah dan khayalan. Berjihadterhadap nafsu bermakna menggunakan kuasa  ‘akal' untuk mengawal syahwat (bermaksud 'kecenderungan' yang lazimnya dikaitkan dengan minat sehinggalah seks), marah dan khayalan  (imaginasi atau cita-cita).  Untuk membolehkan akal dapat mengawal ketiga-tiganya, maka seorang Muslim perlu gigih berjuang dalam medan ilmu -- menimba ilmu agama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                          
Petikan dari ‘Ensiklopedia Islam – Jihad’ ms. 219 oleh Dahlan, Abdul Azis. kehidupan.

Itulah sebabnya, wahyu pertama berbunyi 'Iqra' (Al-Alaq: 1)
yang bermaksud 'bacalah'.
Tekad mencari ilmu merupakan alah sifat unggul untuk mencapai kejayaan dalam peperangan  jihad nafsu.  Jihad mengawal nafsu menuntut kesabaran kerana setiap orang akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan.]4
Tetapi di sebalik kesulitan akan datang kesenangan sebagaimana tercatat dalam surah Al-Insyirah iaitu :

Maka sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan
 .
Jihad Menentang Godaan Syaitan 
Syaitan (Thagut) disebut dalam Al-Quran sebagai lambang punca kejahatan yang ditimpakan atau diduga ke atas kemanusiaan.  Musuh utama dan nyata kepada manusia ialah Iblis (Syaitan). Al-Quran menyatakan
bahawa Allah SWT memerintah para malaikat dan Iblis menyembah Adam as sebagai tanda hormat. Namun, Iblis ingkar oleh rasa takbur yang ia lebih mulia kerana dicipta daripada api sedangkan Adam as daripada tanah. Menurut Ibnu Katsir, asalnya Iblis dikenali sebagai Azazil, pemimpin jin yang telah lama beribadah sehingga darjatnya dinaikkan setaraf dengan para malaikat.  Keingkaran Iblis itu telah menimbulkan kemurkaan Allah SWT dan ia dihalau dari syurga dan dilaknat sehingga Akhirat. Iblis sempat membuat permintaan terakhir dan diizinkan Allah SWT iaitu menggoda dan merosakkan Adam as dan zuriatnya (kemanusiaan) sebagaimana terpapar dalam  surah  Al-A’raf, ayat 16 hingga 17. Al-Quran menegaskan bahawa permusuhan Iblis dengan manusia bermula ketika Adam dan Hawa digoda untuk memakan buah yang dilarang Allah swt dan akibatnya mereka disingkirkan ke bumi. Kemudian, anak Nabi Adam, Qabil membunuh saudaranya Habil kerana cemburu. Semuanya dibayangkan oleh Allah swt dalam Al-Quran sebagai bencana daripada tipu muslihat Iblis yang menyelewengkan nafsu mereka.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                          
 Petikan dari ‘Ghazali on the Jihad Al-Nafs – Fighting the Ego’.
http:/www.sunnah.org/tasawwuf/jihad002.html

 Surah As-Syarh:5-6
[Malah peperangan di dunia juga angkara Iblis, tetapi  manusia sering lupa akan hal ini.  Perang merebut kuasa, tanah dan perempuan merupakan antara muslihat Iblis yang memesongkan nafsu manusia.  Untuk menguatkan jiwa daripada nafsu terpesong dan bujukan Iblis, Muslim hendaklah banyak beribadah dalam erti kata luas -- menunaikan kewajipan fardu, berusaha (berjihad) dengan cemerlang dan menaburkan amalan baik sesama manusia.]

Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Islam Online Fatwa Committee apabila ditanya jika jihad itu boleh diertikan sebagai peperangan ilmu dan untuk mengubah pendapat penentang melalui pendidikan dan kefahaman, mereka menjawab melalui fatwa yang bertajuk Jihad Nafsu dan Dakwah. “Jihad mempunyai banyak makna.  Satu daripadanya memanglah melawan dengan cara fizik di medan peperangan dengan musuh, namun maknanya lebih luas daripada itu.  Jihad juga bermakna  perjuangan rohani yang juga dikenali sebagai “Jihad An-Nafs”.  Ada beberapa orang yang menafikan jihad semacam ini kerana beberapa
alasan tertentu, tetapi ianya wujud dan kenyataan ini disebutkan dalam beberapa hadith sahih.  Jenis-jenis Jihad yang lainnya ada
tercatit di dalam Al-Quran:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh 
kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan 
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ..”

Ayat ini telah diturunkan ketika Nabi Muhammad saw masih berada di Mekkah.  Pada waktu itu, tiada jihad-peperangan.  Jadi, apakah maksud ayat ini?  Sudah nyata bahawa ayat in tidak bermakna “perang suci” ataupun “holy war”  sebagaimana yang diakui oleh beberapa orang.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------        
Petikan dari ‘Wawasan Al-Quran – Berjihad Menghadapi Setan & Nafsu’. ms 508-514 oleh Prof Quraish
Shihab.

 Surah Al-Ankabut: 69 


“Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.”

Sekali lagi, ayat ini merujuk kepada Jihad yang berlainan jenis iaitu Jihad Da’wah dan menyebarkan ilmu agama.  Berjihad dengan AlQuran bermakna menyebarkan pesanan dan hidup menerusi kebenarannya.
Jadi, makna jihad tidak tertakluk kepada satu makna sahaja.  Malah makna jihad yang berlainan inilah  yang kita hadapi setiap hari.  Apakah faedah jihad peperangan jika ia dilakukan bukan kerana Allah swt dan untuk mempertahankan agamaNya?  Walaupun dalam jihad peperangan, seseorang itu harus mempunyai Jihad
dalaman.  Mungkinkah kita dapat menjadi seorang yang efektif jika kita tidak dapat mengawal nafsu sendiri?  Kita harus menolong diri kita sendiri sebelum kita menolong orang lain. Semoga Allah swt memimbing kita ke jalan yang benar serta mengampuni segala kelakuan salah kita.

Wallahu a’lam

Kalau ada silap dan salah dengan apa yang ana tulis ini tolong bagitahu ana dan perbetulkan, hanya sekadar perkongsian setakat ilmu ana yang cetek ini...
Shukran.