Sunday 23 October 2011

ADAB-ADAB USRAH.

Sepertimana yang kita tahu bahawasanya USRAH merupakan satu sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah selama kita yang pernah menjalani dan pernah berpengalaman degan dunia usrah tahu akan adab-adab ketika kita berusrah dan adakah kita menjaganya, sedangkan usrah merupakan satu majlis ilmu yang pernah dijalankan oleh Rasullah s.a.w dan majlis yang diberkati Allah. Di bawah merupakan adab-adab usrah yang saya kongsikan. Baca, hayati dan amal adab-adab usrah ini semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.


Adab-adab Usrah:


1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah
   - Niat hadir ke usrah untuk mendapat ilmu dan perbaiki diri iaitu TARBIYYAH diri   kerana Allah taala.
  
  Allah taata berfirman:
  Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.


2. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.


3. Meminta izin untuk keluar masuk usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah.


4. Dalam ke majlis usrah dalam keadaan berwudhuk, suci jiwa, dan bersih tubuh badan.


5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan membawa keperluan yang diperlukan seperti al-Quran, teks usrah dan buku catatan.


6. Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.


7. Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli usrah.


8. Mendahului majlis dengan al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan surah Al-A'sr dan tasbih kaffarah denagn tadabur maknanya..


9. Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak   banyak ketawa, tidak banyak bergurau, dan tidak banyak bertengkar.


10. Berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dan sopan perkara yang dibangkitkan dan diutarakan.


11. Bersalaman dan bermaafan setelah selesai majlis

USRAH TUNJANG TARBIYYAH !



5 comments:

  1. lagi adab : kalu x apat dtg usrah bkan sewenang2nya kita gtau naqib/naqibah " asif,ana x dpt dtg sbb ...." tp kena bincang dulu...adab dgn naqib/naqibah
    wallahualam...

    ReplyDelete
  2. hadirlah ke usrah dengan hati bukan hanya jasad diri..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. macam mana kalau kita ada join 2 group usrah berbeza? Perkara ni salah ke?

    ReplyDelete